Atasi Masalah Keguguran Rambut

20160403_N60_UTS_KS_27_FC_ESTETIK-ATASI-MASALAH-KEGUGURAN-RAMBUT

 

Apakah punca asa bagi masalah kehilangan rambut dalam kalangan lelaki?

Androgenic Alopecia (male pattern hair loss ) merangkumi 90 peratus daripada semua lelaki yang mengalami masalah rambut dan berpunca daripada factor keturunan dan ini tetap berlaku jika androgen (hormone lelaki) seseorang itu mencukupi dan berada pada tahap normal. Faktor genetic seperti ini boleh diwarisi daripada ibu atau bapa seseorang . Umur, kadar kehilangan rambut dan tahap-tahapnya juga todak dapat diramalkan. Bagaimanapun, apa yang diketahui umum ialah kadarnya meningkat selaras dengan umur dan apabila kehilangan rambut bermula,ia akan berterusan dan cepat.

 

Apakah rawatan yang diperlukan untuk merawat masalah rambut keguguran?

Kebanyakan rawatan tradisional atau natural yang berada di pasaran untuk merawat kondisi ini memberi kesan yang tidak menentu dan tidak menjamin hasil atau kesan yang positif. Rawatan –rawatan ini dicipta dengan harapan dapat menumbuhkan rambut tetapi penerangan yang berkesan untuk menguatkan akar rambut yang lemah dan masih menghasilkan rambut. Ia tidak akan mengecil atau tidak berfungsi.

Keberkesanan rawatan semula jadi atau rawatan yang tidak berunsur perubatan jarang membuahkan hasil yang diingini. Oleh itu, cara yang terbaik adalah mendapatkan khidmat nasiaht daripada doctor atau pakar dermatologi yang diiktiraf supaya rawatan yang terbukti berkesan seperti ubat –ubatan, Platelet Rich Plasma (PRP), Mesotherapy atau penanaman semula rambut (Direct Hair Implantation) dapat dilakukan.

 

Apakah penanaman semula rambut (DHI – Direct Hair Implantation )?

Penanaman semula rambut (DHI) telah melalui pembaharuan yang ketara dan memberikan hasil yang terbaik setelah bertahun-tahun diamalkan oleh pakar-pakar perubatan. Pada peringkat awal, teknik penanaman rambut dipanggil Strip Harvesting iaitu doktor pembedahan akan mengambil sebahagian kulit rambut pesakit. Cara ini meninggalkan kesan parut dan hasil pembedahan juga todak terjamin serta tidak kelihatan asli.

Terbaru, terdapat rawatan yang dipanggil DHI boleh didapati di pasaran dan menjanjikan hasil yang kebih baik. Rawatan DHI dilakukan dengan cara memindahkan satu persatu aank rambut yang telah botak supya rambut boleh tumbuh secara semulajadi untuk menutup kulit kepala yang botak.

Setiap satu anak rambut ini dipindahkan menggunakan alat pembedahan dan ditanam semula setiap satu dengan kadar kedalaman serta arah yang setara di atas permukaan kulit. Teknik ini tidak meninggalkan parut dan rambut yang dipindahkan akan tumbuh secara semula jadi selepas dipindahkan . Prosedur ini juga tidak menyakitkan ( dengan bantuan ubat bius ) dan sembuh dengan cepat.

Rambut akan cepat tumbuh dengan ketara dalam masa dua bulan dan penumbuhan penuh berlaku dalam masa lapan hingga Sembilan bulan berikutnya. Ini membolehkan pengawalan penumbuhan semula rambut  dan hasilnya kelihatan semula jadi dan kelebatan rambut yang lebih baik.

Apakah yang akan berlaku setelah menjalani prosedur ini dan adakah hasil rawatan akan berkekalan?

 

Dengan penjagaan susulan yang baik, rambut yang ditanam semula akan tumbuh seperti rambut asli. Walaupun begitu ,10 hari pertama selepas prosedur ini rambut mungkin akan gugur kerana melalui fasa shock loss iaitu pengejutan kerana  dipindahkan tetapi jumlahnya amat sedikit dan secara umumnya rambut tersebut dan akan tumbuh berterusan, lebih lebat, tebal dan kukuh sepanjang enam hingga sembilan bulan berikutnya.

Banyak pesakit yang akan memilih cara rawatan ubat- ubatan untuk membantu mengekalkan kelebatan rambut yang ditanam dan melambatkan proses, keguguran rambut untuk bahagian atau rambut yang tidak ditanam.

 

Apakah nasihat untuk pesakit masalah  rambut?

Seperti yang telah diterangkan,ada banyak cara herba dan semula jadi yang mungkin memberikan  hasil kepada segelintir kecil pesakit tetapi  tidak dapat mengubati majority pesakit masalah rambut yang serius dan cara  terbaik  adalah  merujuknya kepada doctor atau pakar dematologi yang diiktiraf untuk mengenal pasti punca sebenar  masalah tersebut dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Berkenaan pemilihan khidmat tanam rambut atau DHI ini,beberapa kriteria perlu diambil kira iaitu kemampuan kewangan seseorang , masa rawatan, keberhasilan rawatan  dan kadar masa  penyembuhan dan terpenting  adalah hasil yang kekal dan terjamin.

Sudah tentu pemilihan kaedah ini bergantung kepada pertimbangan pesakit sendiri yang pasti tentang apa yang diingininya  dan telah memikirkan  perkara tersebut  dengan baik. Ramai yang memilih untuk mendapatkan khidmat DHI dan berjaya mengambilkan  rambut mereka seperti sebelumnya.

 

 

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

Request A Skype Consultation

Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE