Bakar Lemak Berlebihan Secara Estetik by Nona

nona_02

 

Bakar Lemak Berlebihan Secara Estetik

 

Tahukah anda, berat badan anda diukur melalui skal penimbang, manakala kehinlangan lemak diukur melalui ukuran inci. Apabila anda kehilangan lemak, sama ada ia berkurangan di skala penimbang ataupun tidak, anda masih boleh melihat perubahannya secare visual. Di dalam artikel inin, kami berkongsi beberapa idea pengurusan berat badan bersama pakar dari Nexus Clinic menyelongkar rahsia kurus dengan perubatan estetik, bagi membantu anda mencapai misi kurus!

 

PROGRAM DETOKS 7 HARI

Anda masih punya harapan! Inilah program detoks yang paling berkesan selepas berakhirnya hari raya. Terlalu banyak lemak yang terkumpul dalam badan sehingga menyebabkan tubuh anada lemah dan tidak bermaya. Detoks boleh megembalikan sinar cahaya pada mata anda dan menyerlahkan aura seri pada wajah. Bahkan program detoks ini juga dapat meningkatkan tahap tenaga, system penghadaman dan membantu mengyingkirkan berat badan berlebihan.

Program detoks jauh lebih baik daripada aktiviti penurunan berat badan. Objektif utama mana-mana program detoks adalah untuk menyahtoksikkan di dalam badan terutamanya pada hati, buah pinggang and usus sementara ia juga melancarkan perjalanan organ dalam badan. Bagi anda yang ingin mengamalkan diet detoks program detoks 7 hari ini boleh diikuti.

 

 

MEDIKASI PENURUNAN BERAT BADAN

Anda masih boleh menikmati juadah hari raya tetapi terdapat penahan selera makan seperti ‘Adipex’ dan ‘Duromine’. Pembakar lemak dan fat binders seperti ini boleh membuatkan anda cepat kenyang, jadi pemakanan turut terkawal. Penurunan berat badan inin terjadi kerana kurangnya pengambilan  kalori.

Untuk turun lebih banyak berat badan, gabungkan penahan selera makan dengan pembakar lemak dan pemghalang lemak. Pembakar lemak membantu membakar lemak yang tepu dalam badan.Dengan penggunaan herba yang terkandung di dalamnya, anda tidak akan mengalami apa-apa kesan sampingan. Ia juga mengandungi ekstrak the hijau dan kopi hijau, mampu meningkatkan kadar metabolisme dan membolehkan lebih banyak lemak dibakar.

Fat binder mengikat hamper 28% pengambilan lemak dalam badan dan melalui pembuangan air besar, lemak berlebihan disingkirkan. Ekstrak dari sejenis kaktus istimewa yang digunakan tidak memberi kesan sampingan memandangkan ia  adalah bahan semula jadi . Lebih baik lahi, fat binder mengandungi serat larut yang kembang daam saluran penghadaman dan perut apabila air diminum. Bayangkan ia memenuhi ruang di dalam perut , menjadikan anda lebih kenyang dan membantu mengawal selera.

 

PROGRAM HCG-DE-BULKING ATAU PENGURUSAN OBESITI

Pengurusan obesiti di bawah pengawasan doktor dipanggil kaedah HCG (Human Chorionic Ganodotropin). Ia adalah program mengurangkan berat badan yang sesuai untuk anda yang benar-benar ingin kurus serta menyekat selera makan. HCG terbukti berkesan untuk memberitahu otak bila masanya untuk berhenti makan serta menghalang tubuh dari terus menerus menerima makanan. Program ini bermula daengan penilaian lemak badan dan berat berserta konsultasi daripada doktor.

Melalui program HCG secara berdispli, pesakit dengan berat badan 95kg mampu mengurangkan sebanyak 30kg berat badan dalam masa 30 hari. Apa penting, tahap metabolisme ditetapkan semula agar membolehkan dia mengekalkan penurunan berat badan dan menjalani gaya hidup aktif.

 

COOLSCULPTING – BODY TONING & SCULPTING THE PERFECT YOU

Bahagian yang paling sukar untuk menyingkirkan lemak adalah di bahagian perut, love handles, pinggul, punggung dan lengan Zeltiq CoolSculpting, teknologi yang mendapat kelulusan FDA menggunakan rawatan unik dipanggil cryolipolysis  untuk meleburkan sel lemak melalui kawalan pendingin menghampiri suhu sub-zero untuk deposit lemak secara tidak invasif CoolSculpting sesuai untuk pesakit dengan berat badan normal atau sedikit berat badan berlebihan yang menampakkan bonjolan lemak.

Prosedur ini tidak mencederakan kulit, otot daan sraf tetatpi penting untuk anda tahu terdapatnya CoolSculpting tiruan dijual di pasaran. Pastikan anda menerima rawatan dari mesin ZeltiqCoolSculpting yang tulen dan dijalankan oleh doktor professional terlatih.

 

ION MAGNUM BUILDING MUSCLES & BURNING CALORIES MINUS THE PAIN

Rawatan Ion Magnum adalah program penurunan berat badan tanpa pembedahan serta membina otot. Ia membina otot sama seperti dilakukan secara semula jadi melalui senaman. Teknologi ini membolehkan tisu otot melakukan muscle-toning work-out dengan meniru gelombang otak. Dalam masa satu jam, sebanyak 5000 kalori dapat dibakar! Rawatan berterusan dapat membantu meningkatkan metabolisme, peredaran darah dan tenaga.

Lebih menarij lagi, Ion Magnum mampu melaksanakan latihan dengan otot menyebabkan badan menggunakan satu-satunya sel lemak untuk tenaga tanpa menambah asid laktik. Dengan cara ini, pembakaran lemak akan berlaku dan pembetukan asid laktik, dapat dielakkan  dalam salur darah yang menyebabkan rasa ‘terbakar’ pada otot sehingga anda berpeluh dan menjurus kepada dehidrasi. Rawatan ini cukup terkenal di kalangan kaum lelaki dan wanita, baik untuk mereka yang jarang bersenam dan tidak berkesempatan ke gymnasium bagi menjalani gaya hidup sihat.

 

Oleh yang demikian , pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar estetik yang diiktiraf agar jaya hidup sihat terlaksana dan pada masa yang sama, menentang masalah tubuh mengeleber dan mengawal berat badan.

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

Request A Skype Consultation

Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE