Kekal Cantik Usia 50

20160509_N60_BRH_AURA_8_FC_KEKAL-CANTIK-USIA-50-AN

 

Perubahan mengikuti proses penuaan seperti garis-garis halus dan uban adalah tidak dapat dielakkan tapi dengan produk penjagaan kulit dan rambut, rawatan muka yang tidak melibatkan pembedahan, kini wanita yang melebihi umur 50 boleh menyerlahkan kecantikkan mereka dengan cara yang semula jadi.

Perubahan Yang Terjadi Pada Kulit dan Rambut dengan Peningkatan Usia

Tempoh yang lama di bawah matahari, merokok, diet, kegemukan, gravitasi, tekanan hidup dan genetik merupakan faktor yang boleh mempengaruhi kulit anda. Dengan peningkatan umur, proses pengggantian sel kulit yang baru akan memperlahan, menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan kurang elastik. Uban adalah disebabkan oleh sel penghasil warna di akar rambut berhenti memproduksi pigmen yang memberi warna pada rambut.

 

8 Tips yang Semula Jadi Bagi Kulit Anda

 

1. Menjauhi rokok.

Berdasarkan satu studi, rokok akan menyebabkan penuaan awal kulit. Rokok mengandungi bahan kimia yang membatasi jumlah oksigen yang sampai ke kulit dan menggangu penyerapan vitamin C yang diperlukan oleh kulit untuk memperbaiki diri.  

 

2. Kurangkan pendedahan di bawah matahari.

Mengelakkan matahari pada jam 10 pagi hingga 2 petang kerana sinar matahari pada masa itu adalah sangat kuat. Sinar matahari adalah penyebab utama bagi masalah kulit seperti garis-garis halus, bintik-bintik coklat dan perubahan warna kulit. Memakai topi, lengan baju yang panjang, seluar panjang dan cermin mata gelap  jika berada di luar rumah.

 

3. Menggunakan krim pelindung cahaya matahari atau sunscreen.   

Mengunakan produk SPF30 atau lebih  dengan pelindungan UVB dan UVA setiap hari. Cahaya matahari akan menyebabkan kejadian kedutan dan warna kulit yang tidak seimbang. Sunscreen juga  mengurangkan risiko berkembangnya kanser kulit.

 

4. Memeriksa kulit bagi kanser kulit.

Jika terdapati ada perubahan kulit yang menguatirkan, menghubungi doctor dengan secepat mungkin. Pemeriksaan setiap tahun adalah wajib kerana wanita yang tua dan berkulit cerah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi kanser kulit.

 

5. Gunakan pelembap bagi kulit kering.

Pakai pelembap udara dan losyen. Pelembap melembabkan kulit dengan cara mengikat air pada lapisan kulit terluar.  Cari pelembap yang berbasis minyak. Jumpa doctor jika masalah kulit kering tidak bertambah baik.

 

6. Diet sihat dan minum air yang mencukupi.  

Pemakanan yang baik adalah penting untuk kulit. Pastikan anda  mengikuti diet sihat yang diperkaya dengan vitamin A, B, C, E dan K yang terdapat dalam makanan seperti bayam, kekacangan, biji-bijian, lemon, limau, jus anggur dan buah-buahan. Air adalah penting untuk hidrasi mendalam. Dasar yang baik adalah 6 hingga 8 gelas dalam satu hari. Minum air juga menghilangkan racun berbahaya dari tubuh.

 

7. Produk anti-penuaan.

Bahan pentapeptida yang terdapat dalam kebanyakan produk yang baru, membantu dalam mempercepatkan sel kulit untuk menghasilkan kolagen yang penting untuk menegangkan kulit. Krim retinoid yang mengandungi vitamin A adalah sangat efektif dalam mengurangi keriput, mencerahkan warna kulit dan meningkatkan pergantian sel kulit. Anda juga harus mencari tambahan bahan seperti antioksidan untuk membuat kulit berisi dan cerah.

 

8. Perawatan kulit.

Suntikan Botox, pengupasan kulit, pengisi kedutan dapat menghilangkan kesan kedutan dan melicinkan kulit muka. Rawatan laser dapat menambahbaikan kulit, menghilangkan parut dan kedutan dan masalah kulit yang lain.  

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

Request A Skype Consultation

Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE