Our Doctor Interviewed On Zeltiq CoolSculpting Fat Loss

Our aesthetic doctor was interviewed in the local Malaysian newspaper, Harian Metro regarding our Zeltiq CoolSculpting fat loss treatment. The article was published on 4 October 2012, as reproduced below:

Sukarnya ingin mengembalikan bentuk badan langsing seperti remaja dulu. Memang ramai gusar apabila melihat penampilan diri semakin berubah kerana kehadiran lemak degil yang sukar dihapuskan.

Lantas rasa menyesal mula menyelubungi diri kerana tidak menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan sejak awal lagi.

Pakar kecantikan, doctor dari Mediviron UOA Clinic mengakui bahagian tubuh yang jelas kelihatan lemak degil termasuk di bahagian perut, punggung dan bahagian bawah garisan payudara.

“Terdapat pelbagai lemak di dalam badan. Antaranya ialah lemak degil yang sering membuatkan kita gusar terutama di kalangan mereka yang mementingkan penampilan tubuh badan.

Capture

“Kehadiran lemak degil ini sukar dihapuskan walaupun menerusi senaman atau mengamalkan diet. Ia sering dihadapi oleh wanita baru lepas bersalin atau sesiapa saja yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat”.

“Lemak degil ini terjadi disebabkan perubahan hormon selepas bersalin atau kehamilan. Kehadirannya di dalam tubuh selama sembilan bulan menyebabkan ia sukar disingkirkan,” katanya.

Jelasnya, lemak degil ini akan bertambah banyak tanpa disedari melalui pemakanan ketika tempoh mengandung dan kesannya dapat dilihat ketara selepas melahirkan anak.

Justeru, tidak hairan jika ramai wanita melihat perubahan bentuk tubuh mereka yang dikatakan lebih besar selepas melahirkan anak, walaupun cuba mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan.

Menurutnya, ada dua cara untuk membantu mengusir lemak degil iaitu secara tradisional dan moden.

Ada yang memilih untuk menggunakan cara tradisional dan tidak ketinggalan teknologi moden, namun kedua-duanya mempunyai fungsi sama iaitu menghapuskan lemak degil.

“Cara tradisional adalah melalui vakum yang mana doktor menebuk lubang di bahagian sasaran. Ia memerlukan bius dan jahitan yang akan meninggalkan parut di kawasan yang ditebuk”.

“Ini berbeza di kalangan generasi terkini yang memperkenalkan kaedah lebih mudah dan tidak memerlukan pembedahan untuk menyedut lemak”.

“Menggunakan ultrabunyi dan laser, ia tidak memberi rasa sakit kepada pesakit ketika proses membakar lemak dan tidak meninggalkan parut,” katanya mengenai rawatan kaedah terbaru, CoolSculpting”.

Sebelum menjalankan rawatan yang mengambil masa selama satu jam untuk satu sesi, pesakit diperiksa oleh doktor terlebih dulu bagi memastikan lemak degil yang ingin disingkirkan menepati syarat ditentukan.

Lemak diukur menggunakan pengukur khas dan selepas itu mesin berkenaan melakukan proses menyedut lemak.

Bahagian lemak yang disedut akan mengalami proses penyejukan sehingga mencapai satu suhu hampir beku bagi membantu membunuh sel lemak di bawah kulit.

Sel lemak yang terhablur akan dibuang secara semula jadi daripada tubuh badan. Menariknya, sepanjang proses menjalankan rawatan berkenaan, pesakit boleh melakukan aktiviti seperti membaca, menghadap komputer mahupun menonton televisyen.

Mesin berkenaan berdasarkan sains yang dicipta Wellman Center for Photomedicine di Hospital Massachusetts, Boston, Amerika Syarikat.

Teknologi baru itu adalah hasil penyelidikan yang mendalam dan menunjukkan sel lemak lebih mudah terjejas serta dimusnahkan dengan kesejukan secara terpilih, tanpa kesakitan serta membantu ia disingkirkan daripada badan.

Dalam beberapa minggu selepas prosedur bermula, sel lemak disejukkan akan memulakan proses dinamakan apoptosis yang menyebabkan lemak mula mengecut dan terus hilang daripada tubuh melalui sistem pencernaan.

Kesan kejayaan proses rawatan itu bergantung kepada pesakit atau ketebalan lemak di dalam tubuh mereka. Jika ingin membuat rawatan semula, ia perlu dilakukan selepas dua bulan daripada tarikh sesi pertama untuk melihat keberkesanannya kepada lemak yang disasarkan.

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

Request A Skype Consultation

Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE