Our Zeltiq CoolSculpting Featured in COSMOPOLITAN Magazine

Dear Readers,

Our Zeltiq CoolSculpting Treatment featured in COSMOPOLITAN January 2013 at Page 108 & 109. Let’s find out 🙂

IC305-v3a362

IC305-v3a361

FREEZE AWAY LEMAK TUBUH

Nak tubuh cantik dengan kulit yang glowing macam JLO tu? Setakat krim biasa dah tak mencukupi untuk kamu capai taraf itu. Bila bercakap tentang penjagaan wajah, memang setiap jenama akan berlumba-lumba memperkenalkan teknologi canggih, bahan terkini, tekstur hebat serta haruman yang buat perasaan kamu tenang melayang. Ciri-ciri ini semua dah wujud untuk produk tubuh juga. Malah ada juga produk yang boleh kamu padankan untuk serlahkan lagi penampilan tubuhmu.

Jangan ingat hanya hava boleh bakar lemak. Cosmo dah cuba prosedur bekukan lemak. CoolSculpting adalah prosedur berpaten dan lulus penilaian keselamatan FDA menggunakan sistem menyejukbeku sel lemak di bawah kulit sehingga ia mati, kemudian secara beransur-ansur disingkirkan dari tubur melalui proses pencernaan. Sebelum ini prosedur menggunakan laser, pembedahan atau gelombang sonik turut merosakkan sel selain lemak. Dengan CoolSculpting, janya sel lemak yang dibekukan.

Sel kulit tidak diganggu. Tak melibatkan pisau, darah, jahitan, sedutan dan tiada parut. Cosmo telah cuba CoolSculpting di Klinik Mediviron UOA dan mendapat sentuhan doctor yang mempunyai sijil dalam perubatan aestetik. Setelah bahagian bermasalah diukur dan ditanda, berdasarkan saiz kawawan bermasalah, acuan (CoolCurve, CoolCore, CoolMax) akan diletakkan pada bahagian itu. Ia akan sedut, kepit, dan bekukan bahagian yang telah dianggarkan tadi. Kamu akan rasa tidak selesa beberapa minit pertama tetapi akan mula rasa kebas dan relaks selepas itu. Prosedur mengambil masa sejam. Jangan terkejut melihat bahagian yang dibekukan seperti sekeping daging baru keluar dari peti ais. Pakar akan urut dan kembalikannya kepada rupa asal.

Hasilnya boleh dilihat selepas dua hingga empat bulan kerana proses penyingkiran lemak mati dari tubuh mengambil masa. Sesetengah orang akan rasa kesan sampingan seperti lenguh dan gatal pada bahagian yang dirawat, malah Cosmo sendiri melaluinya hampir sebulan tetapi tak sehingga kamu tak boleh buat apa-apa. Namun ada juga testimonial dari pelanggan lain mengatakan mereka boleh terus bersenam dan buat kerja berat selepas rawatan.

Jika kamu mempunyai bajet untuk prosedur begini(Harga bermula RM3,000 untuk satu acuan) tetapi tidak sanggup atau tidak boleh melalui pembedahan, CoolSculpting adalah pilihan terbaik untukmu. Tiada pantang larang, err…mungkin bukan untuk kamu yang ada penyakit kulit lah ya? Lepas beberapa bulan, pakaian akan muat lebih cantik di tubuh. Tak perlu makan pil, tak perlu ikat perut, asalkan kamu kekalkan diet normal dan bersenam ringan, hasilny akan kekal stabil. Coolkan?

(images)

Before treatments photos: Kind of fat that can be treat by using Zeltiq CoolSculpting Treatment which provided at Mediviron UOA Clinic.

To find out more, visit our blog post about CoolSculpting.

Why not take advantage of technology and give your body a boost with Zeltiq CoolSculpting?

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

Request A Skype Consultation

Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE