Penanaman Rambut Secara Semulajadi

Penanaman Rambut Secara Semula Jadi

 
NEXUS
 

Tidak kira atas apa sebabnya, rambut menipis sudah pasti amat mengecewakan. Tambahan lagi fenomena ini tidak hanya melanda golongan pertengahan dan warga emas, malah ia mula melanda golongan lelaki dewasa seawal 20-an. Seraya itu, Nexus Medispa memperkenalkan ‘Direct Hair Plantation’ (DHI), satu teknik penanaman rambut terperinci secara alami, pertama seumpamanya di Malaysia.

 

Dr. Jasmine Ruth dari Nexus Medispa memberi penerangan tentang teknik DHI.

Sejak tahun 1970an lagi, teknik DHI ini telah terbukti secara klinikal dapat membantu mengembalikan kelebatan rambut dan juga keyakinan diri lebih 200,000 lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut di seluruh dunia.Kebiasaannya rawatan mencegah keguguran rambut melibatkan teknik yang renyah dan juga menyakitkan. Anataranya teknik ‘strip extractions’ dan ‘hair plugs’. Teknik – teknik ini bakal meninggalkan kesan ketara atau parut kekal yang jelik.

Namun, menerusi teknik DHI pula, ia menjadi lebih selamat dan juga bebas sakit kerana teknik ini dilakukan secara terperinci oleh doktor di Nexus Medispa. Penumbuhan semula rambut akan mengambil masa selama enam bulan, bergantung kepada kesuburan rambut mereka. Hasilnya, teknik ini mengembalikan semula rupa bentuk rambut semula jadi. Rambut akan tumbuh dengan lebih lebat dan beralun sihat.

Setiap orang memiliki tahap masalah keguguran rambut yang berbeza. Oleh itu, doktor akan mengenal pasti terlebih dahulu punca dan tahap keguguran rambut secara personal. Seterusnya doktor akan melaksanakan teknik DHI ini mengikut prosedur.

PROSEDUR 1

a. Kulit kepala akan disaring menggunakan kamera mikro bagi menentukan daerah kulit kepala yang terjejas dan untuk mengenal pasti akar rambut yang mati.

b. Kiraan berformulasi saintifik oleh komputer akan dilakukan  untuk menentukan bilangan  akar rambut yang akan ditanam semula pada kulit kepala per-sentimeter. Ini bagi memastikan anak rambut tumbuh secara optimum dan tampak semula jadi.

PROSEDUR 2

a. Kulit kepala akan dibius pelali oleh doktor untuk mengaplikasi pengurai khas DHI untuk menguraikan akar rambut yang sihat di bahagian belakang kulit kepala. Menurut kajian saintifik, rambut di bahagian belakang kepala manusia sangat sihat dan kuat.

b. Sesi penguraian ini akan dilakukan di bilik khas yang mengawal suhu sekeliling bagi mengurangkan ancaman bendasing yang terapung di udara.

PROSEDUR 3

a. Ketika sesi penguraian ini berlangsung, doktor akan menanam semula akar rambut yang diurai itu pada daerah – daerah kulit kepala yang terjejas. untuk penanaman sebanyak 300 akar rambut, ia akan terus ditanam dengan segera selepas penguraian.

b. Namun, bagi penanaman akar rambut dalam kapasiti yang banyak, semua akar rambut akan disimpan terlebih dahulu sebelum sesi penanaman bermula. Kemudian, barulah ditanam kesemuanya sekali secara teliti.

PROSEDUR 4

a. Rawatan susulan akan dilakukan untuk memastikan akar rambut yang ditanam membesar dengan lebat dan sihat. Untuk basuhan kepala kali pertama, pihak Nexus Medispa akan melakukannya bagi memastikan akar-akar rambut itu benar-benar ditanam sempurna.

b. Ia mengambil masa selama enam ke sembilan bulan untuk memperlihatkan keputusan penuh rambut lebat.

Penjagaan susulan yang baik akan memastikan rambut yang ditanam semula akan kekal tumbuh seperti rambut asli. Namun begitu, 10 hari pertama selepas menjalani teknik ini, rambut sedia ada mungkin akan gugur sedikit kerana melalui fasa ‘shock loss’, yakni ‘pengejutan kerana dipindahkan’. tetapi ia akan berlaku dalam jumlah yang minimal.

Umumnya, rambut baru akan menggantikan rambut itu dan berterusan tumbuh dengan lebih lebat, tebal dan teguh sepanjang 6 – 9 bulan berikutnya.

 

 

Mereka yang berminat dengan rawatan ini dinasihatkan untuk merujuk doktor untuk mengenal pasti punca sebenar masalah keguguran rambut anda. Berkaitan dengan DHI pula, beberapa kriteria perlu diambil kira iaitu dari segi kewangan, tempoh keberhasilan dan kadar masa penyembuhan. Paling penting adalah hasil yang kekal dan terjamin.Sudah tentu melalui teknik DHI ini, ramai yang berjaya mengembalikan rambut mereka seperti sediakala. Jadi, pastikan anda membuat kajian secara menyeluruh dari pelbagai segi jika anda mahu menjalani rawatan ini.

Mereka yang menjalani rawatan ini disyorkan untuk menerima rawatan susulan untuk membantu mengekalkan kelebatan rambut serta melambatkan proses keguguran rambut pada bahagian yang tidak ditanam.

Untuk maklumat lanjut tentang Nexus Medispa, layari https://nexus-clinic.com/direct-hair-implantations/

Facebook: Facebook/NexusClinic

Tel: 03-2163 5699/ 017-2163 569

Alamat: Nexus Medispa, LG 10, Lower Ground Floor,

Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur.

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

Request A Skype Consultation

Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE