Pulihkan Keintiman

20160523_N60_BRH_AURA_4_FC_PULIHKAN-KEINTIMAN

 

Cara-Cara Menguatkan Otot Faraj Wanita

Proses melahirkan anak dan penuaan akan meyebabkan otot faraj wanita

semakin lemah dan longgar dan akan menurunkan kepuasan ketika menjalin

hubungan seksual. Faktor-faktor lain macam gravitasi, menopause, merokok

dan obesity adalah penyebab otot vagina yang kendur.

Hal ini akan menyebabkan anda rasa malu dan stress jika hendak berhubungan.

Masalah lain yang dihadapi ialah lemah kawal kencing iaitu seseorang itu tidak

boleh mengawal pengeluaran air kencing.

Wanita yang menghadapi kekeringan vagina juga mengalami kehilangan minat

dalam menjalinkan hubungan seksual. Kulit vagina akan kehilangan elastisiti dan

proses berhubungan akan menjadi amat sakit.

Kini, lebih ramai wanita pilih untuk mengencangkan vagina dengan cara-cara

seperti operasi vagina, ubat-ubatan krim, rawatan laser dan latihan dasar

punggul (Latihan Kegel).

1) Ubat-ubatan Krim

Krim seperti PK24 Night adalah diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan yang

mempunyai fungsi melembapkan dan anti-oksidasi, jika digunakan pada

bahagian vagina sebanyak dua kali sehari boleh merapatkan vagina. Kebaikan

krim ini adalah:

– meningkatkan kepuasan semasa menjalani hubungan seksual

– menguatkan rangsangan vagina

– lebih kos efektif

– Senang untuk digunakan

– Kesan yang berpanjangan

2) Latihan Kegel

Latihan ini adalah amat popular untuk mengetatkan otot vagina. Wanita

dicadangkan untuk membuat latihan selepas proses melahirkan anak dan

sebelum menopaus untuk menetapkan otot dasar punggul. Latihan ini adalah

amat senang. Kamu cuma perlu mengencangkan otot dasar punggul yang

digunakan semasa kamu menahan kencing sebanyak 5-8 saat dan

melepaskannya untuk 4-5kali. Ulangi prosedur ini sebanyak 3 kali sehari.

3) Rawatan Laser

Rawatan yang terbaharu iaitu Laser Petit Lady menggunakan mesin yang

canggih dan tidak melibatkan penggunaan jarum hingga mengakibatkan

pendarahan. Rawatan ini hanya memerlukan 15 minit dan pesakit boleh kembali

ke aktiviti harian mereka selepas melakukan prosedur tersebut. .

Selain itu, rawatan ini juga mengetatkan otot pundi kencing dan memutihkan

luaran vagina. Melalui rawatan petit lady, saraf sensitif pada vagina dengan

sedikit sentuhan meningkatkan orgasma.

4) Operasi Mengencangkan Vagina (Vaginoplasty)

Operasi ini akan membaiki kulit dan otot vagina yang longgar. Bius seluruh

badan adalah diperlukan dalam operasi ini dan memerlukan semalaman di

hospital. Masa pemulihan biasanya adalah 6-8 minggu mengikut keadaan kamu.

namun operasi ini ada risikonya seperti pendarahan, jangkitan kuman, allergi

dan kehilangan kepekaan vagina.

Kemaluan wanita memang salah satu organ tubuh yang sangat penting bagi

wanita dan keharmonian keluarga.

 

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

Request A Skype Consultation

Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE