Rawatan Hormon ‘Bio-Identical’

20160515_N60_UTS_KS_27_FC_RAWATAN-HORMON-BIO-IDENTICAL

RAWATAN HORMON ‘BIO-IDENTICAL

PROSES penuaan ialah sesuatu yang semula jadi bagi setiap insan dan kita tidak dapat menghalangnya. Semakin kita tua, hormon di dalam badan akan berkurangan dan seterusnya menyebabkan tanda-tanda penuaan semakin ketara. Oleh itu, semakin ramai yang beralih kepada rawatan penggantian hormon untuk melambatkan kesan-kesan penuaan dan Oleh Dr. Jasmine Ruth Pengarah Perubatan Nexus Clinic, Bio-identical Hormones juga untuk menjaga kesihatan mereka secara amnya.

Penggunaan hormon sintetik dianggap biasa pada masa kini tetapi kaedah ini masih dikelilingi pelbagai kontroversi. Hormon-hormon sintetik berbeza daripada hormon-hormon manusia dan ini juga boleh merangsang hormon-hormon tambahan yang tidak diperlukan. Selain daripada itu, hormon sintetik juga tidak berupaya untuk mengganti fungsi -fungsi penting hormon semula jadi manusia yang boleh memberi kesan sampingan merbahaya.

Lebih ramai pengamal perubatan beralih kepada rawatan penggantian hormon menggunakan hormon “Bio-Identical”. Hormon ini mempunyai struktur molekul yang hampir sama dengan hormon semulajadi tubuh kita termasuk testosteron, estrogen, dhea, tiroid dan progesteron.

Ramai pesakit yang datang kepada saya menyatakan bahawa mereka berasa tidak sihat kerana sindrom menopaus, sindrom prahaid (PMS), masalah peningkatan berat yang mendadak dan pelbagai masalah yang berkaitan dengan peningkatan umur selepas 40-an. Mereka meminta pandangan dan nasihat perubatan daripada saya. Tidak ramai doktor yang dilatih untuk kaedah rawatan hormon “bio-identical” ini kerana hal.ini tidak diajar secara mendalam di universiti.

 

PESAKIT saya menyatakan bahawa mereka berasa lebih sihat dan segar selepas mengambil hormon tambahan, saya mula belajar tentang kaedah rawatan menggunakan hormon dan seterusnya mula mempreskripsikannya. Kaedah rawatan penggantian hormon menggunakan hormon sintetik tidak semestinya selamat.

Oleh sebab itu kami menekankan tentang “bio-identical” kerana mahukan kaedah rawatan yang selamat. Ada dalam kalangan para doktor yang menganggap kaedah rawatan hormon adalah tidak elok dan boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan kanser payudara. Malangnya ia memang berlaku dengan penggunaan hormon-hormon sintetik. Akibatnya, reputasi kaedah rawatan menggunakan hormon menjadi buruk.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa setiap manusia akan kehilangan hormon semakin mereka berusia, selain akan menjadi lemah, berasa tidak selesa serta kesihatan yang terjejas. Apabila hormon-hormon yang hilang itu digantikan dengan hormon sintetik, keadaan akan menjadi lebih buruk. Tidak seperti “bio-identical” hormon, yang mana ia meningkatkan taraf kesihatan, lebih selamat dan banyak kelebihan kesihatan yang lain kerana mempunyai struktur molekul yang sama dengan hormon semulajadi tubuh kita.

Malangnya, kebanyakan doktor menganggap kedua dua jenis hormon sintetik dan “bio-identical” adalah sama. Walaupun para doktor menganggap penggunaan hormon sintetik adalah tidak baik, masih banyak syarikat-syarikat farmasi yang menjualnya kerana ia memberi keuntungan yang tinggi. Masih ramai doktor yang tidak mengetahui atau memahami yang kedua-dua jenis hormon tersebut adalah berbeza sama sekali. Dalam pada itu, rakyat Malaysia masih kurang pengetahuan tentang rawatan ini kerana mereka mungkin tidak mempunyai maklumat tentangnya kerana tidak ramai doktor yang terlatih dalam kaedah rawatan hormon.

Kebaikan yang boleh didapati dari rawatan hormon “bio-identical” sama seperti benda lain yang anda ambil, contohnya pelbagai vitamin yang dapat meningkatkan kesihatan. Maka, jika anda tidak mahukan kebaikan-kebaikan kesihatan ini anda boleh berhenti menggunakannya. Hormon “bio-identical” terdapat di dalam bentuk pil atau krim bergantung kepada kesesuaian seorang individu tersebut. Terdapat banyak data yang menyatakan bahawa hormon progesteron dapat melindungi seseorang dari kanser payudara. Begitu juga dengan testosteron.

Misalnya, anda mengetahui yang anda berisiko untuk mendapat kanser payudara, anda boleh membuat keputusan sama ada ingin menggunakan kaedah rawatan hormon “bio-identical” sebagai perlindungan dari penyakit tersebut. Hormon “bio-identical” juga membantu pesakit yang mempunyai simptom-simptom menopaus seperti kepanasan, berpeluh di waktu malam, pertambahan berat badan dan kesakitan di bahagian abdomen. Kebanyakan wanita mula melalui proses, menopaus bermula dari umur 50 hingga 52 tahun dimana mereka mula kehilangan banyak hormon dan mengalami rasa panas, peluh malam, masalah berat badan dan lain-lain masalah kesihatan.

Bagi wanita yang melalui pra – menopaus, apabila anda melangkaui umur 40-an, anda akan kerap merasa lesu dan mengalami masalah berat badan. Bagi masalah sindrom prahaid (PMS), ia boleh diubati menggunakan hormon progesteron. Apabila anda mengambil hormon progesteron yang mencukupi, masalah sindrom prahaid (PMS) dapat dihindari. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, ia juga melindungi anda daripada penyakit kanser payudara. Anda memerlukan tahap hormon yang optimum, bukan hanya sekadar normal kerana ia tidak mencukupi. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada gejala yang dialami.

Sekiranya anda berumur lebih dari 40 tahun dan mempunyai dua orang anak, anda mungkin memerlukan lebih hormon-hormon tambahan. Ia juga bergantung kepada jantina, sejarah keluarga, cara hidup dan perlbagai kriteria yang lai Setiap insan adalah unik. Sesorang itu perlu menjalani ujian penilaian tahap kesihatan bagi mengetahui hormon manakah yang diperlukan dan berapakah dos yang tepat untuk beliau. Di Klinik Nexus, setiap dos hormon “bio-identical” yang digunakan adalah dibuat hanya untuk anda dan tubuh anda secara individu. .

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

Request A Skype Consultation

Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE