Teknologi Pembekuan Lemak

20160417_N60_UTS_KS_27_FC_TEKNOLOGI-PEMBEKUAN-LEMAK

 

Saya perlu menurunkan berat badan. Mulai sekarang , saya akan mengelak makan makanan

berminyak. Saya akan bersenam setiap hari.”Setiap kali tahun baru menjelma , pasti ramai yang

berazam menurunkan berat badan. Hakikatnya, obesiti adalah masalah kesihatan yang kini manjadi

ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia dengan seorang daripada tiga pendududk mangalami

masalah itu atau mempunyai masalah berat badan berlebihan berikutan terlebih makan.

 

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.S Subramaniam, setakat ini 8.5 juta penduduk Malaysia

mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obe Akurlah syarat dalam

tempoh lanjutan moratoriums.

 

Dalam konteks ini, golongan wanita dikatakan lebih berisiko tinggi mengalami masalah obesity.

Selain tabiat makan, factor-faktor lain seperti umur, aktiviti fizikal dan corak gaya hidup wanita turut

mempengaruhi berat badan.

 

Persoalannya, adakah masalah berat badan berlebihan ini hanya dialami golongan wanita?

Penurunan berat badan yang Berjaya perlu dirancang dan tidak cukup sekadar niat sahaja.Walaupun

berdiet dan bersenam memainkan peranan penting dalam proses mengurangkan berat dan lemak,

ada yang mendapati agak susah untuk mneghilangkan bonjolan ketara pada bahagian- bahagian

tertentu.

 

Namun bonjolan lemak itu boleh dihilangkan melalui prosedue baru yang merupakan alternative

bukan pembedahan atau sedut lemak. Pembedahan plastic memeng menawarkan keputusan serta-

merta, namun prosedur ini berisiko tinggi dan mengambil downtime(masa henti ) yang cukup lama.

 

Dengan kecanggihan teknologi dan kajian yang terbukti berkesan, Zeltiq CoolSculpting adalah satu

penyelesaian yang berkesan untuk mengurangkan lemak. Prosedur Zeltiq CoolSculpting yang direka

khas ini selamat, tidak invasive dan mempunyai keberkesanan tinggi dalam pengurangan lemak

dalam badan.

 

Teknologi Zeltiq CoolSculpting merupakan prosedur yang diluluskan FDA ( pihak berkuasa Amerika

Syarikat). Prosedur selamat dan selesa yang disediakan menjamin hasil yang para pelanggan benar-

benar impikan. Hanya dalam satu rawatan, para pelanggan akan merasai transformasi tona badan

yang diidam-idamkan.

 

Inovasi ini dihasilkan di Amerika Syarikat (AS) telah dibangunkan oleh saintis dari Harvard University.

Kaedah membeku sel-sel lemak pada suhu yang lebih tinggi daripada tisu sekitarnya membolehkan

teknologi Zeltiq CoolSculpting tepat dalam mensasarkan sel-sel lemak dibawah kulit untuk

menyampaikan penyejukan dikawal. Tidak seperti dengan diet atau senaman dengan sel-sel lemak

dikurangkan dalm saiz, Zeltiq CoolSculpting menghabkurkan sel-sel lemak supaya menjadi beku

(kristal).

 

Sel Kristal yang digunakan dalam teknik inin akan secara perlahan- lahan memecahkan sel

lemak tersebut dan mengeluarkannya dari tubuh badan. Dengan secara semula jadi badan

memproses lemak dan manghapuskan sel-sel luput. Apabila sel-sel lemak dirawat telah luput,ia akan

hilang untuk selama-lamanya.

 

Para pelanggan akan mulai melihat perubahan secepat tiga minggu selepas rawatan dan akan

mengalami keputusan yang dramatic selepas dua bulan.

 

Berita terbaik mengenai Zeltiq CoolSculpting ialah badan para pelanggan masih akan mengusir sel-

sel lemak dan terus berbuat demikian sehingga empat hingga enam bulan selepas rawatan.

Prosedur ini tidak mencederakan kulit, otot dan saraf tetapi penting untuk anda tahu bahawa

terdapatnya CoolSculpting tiruan dijual di pasaran. Pastikan anda menerima rawatan dari mesin

Zeltiq CoolSculpting yang tulen dan dijalankan oleh doktor professional terlatih.

 

Ramai doctor mandapati bahawa kebanyakan para pelanggan yang telah melalui prosedur Zeltiq

CoolSculpting, selepas melihat hasil yang positif ,mereka akan menjaga diri dengan lebih baik.

Mereka mula mengamalkan tabiat pemakanan yang betul dan bersenam sebagai rejim mereka.

Zeltig CoolSculpting telah memberi kesan rangsangan motivasi kepada pelanggan untuk memimpin

pilihan gaya hidup lebih cergas dan matlamat mereka dalam mengekalkan berat badan yang ideal

amat senang untuk dicapai.

 

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

Request A Skype Consultation

Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE