10 Makanan Bantu Sihatkan Rambut

 

10 Makanan Untuk Rambut Yang Sihat

 

1. Salmon

Salmon, sardin dan ikan kembung mengandung lemak omega-3 yang tinggi. Badan kami jarang

menghasilkan lemak yang sihat, oleh itu, kamu perlu mendapatkannya dari makanan atau suplemen.

Lemak ini membantu dalam melindungi kamu dari penyakit dan menjaga kesihatan kulit kepala untuk

rambut yang berkilat dan kuat.

 

2. Yogurt

Yogurt mengandungi protein yang tinggi dan juga nutrien yang membantu dalam pengaliran darah ke

kulit kepala dan pertumbuhan rambut. Vitamin B5 (Pantothenic acid) membantu dalam melawan

masalah keguguran rambut dan penipisan rambut.

 

3. Bayam

Sayuran hijau mengandungi nutrien seperti vitamin A, zat besi dan folat, beta karoten dan vitamin C

yang merawat kulit kepala menjadi lebih sihat. Ia membantu dalam mengatasi rambut mudah patah

dan rapuh.

 

4. Jambu Batu

Buah tropika ini penuh dengan vitamin C dan melindungi rambut dari kepatahan. Secawan guava

mempunyai 377mg Vitamin C – 4 kali lebih daripada jumlah yang diperlukan dalam satu hari!

 

5. Sereal Yang Diperkaya Zat Besi

Kekurangan zat besi akan menyebabkan keguguran rambut. Kamu boleh jumpa nutrien ini dalam

sereal, bijirin, pasta, kacang soya dan kacang merah. Kerang, sayuran hijau, daging lembu dan hati

juga mengandungi kuantiti zat besi yang tinggi.

 

6. Daging Tanpa Lemak

Apabila kamu kekurangan protein, pertumbuhan rambut akan ‘berhenti’. Apabila pertumbuhan

berhenti dan rambut lama gugur, kamu akan mengalami kehilangan rambut. Pilihlah daging tanpa

atau kurang lemak macam daging ayam, turki daripada daging lembu dan daging babi.

 

7. Ubi Jalar

Ubi jalar mengandungi antioksidan beta karoten di mana badan kami akan menukarkannya kepada

vitamin A. Ini membantu dalam mengatasi masalah rambut yang kering dan menggalakkan kulit

kepala untuk menghasilkan sebum. Beta karoten juga terdapat dalam sayuran berwarna oren macam

lobak merah, labu dan mangga.

 

8. Kayu Manis

Taburkan rempah ini dalam oatmeal, roti dan kopi. Ia membantu dalam pengaliran darah dan

penghantaran oksigen dan nutrien ke folikel rambut.

 

9. Telur

Protein dan zat besi yang terkandung dalam telur adalah cukup untuk badan kamu. Telur kaya

dengan vitamin B yang dipanggil biotin yang akan membantu pertumbuhan rambut. Biotin juga

membantu dalam pengukuhan kuku jari yang rapuh.

 

10. Tiram

Tiram mengandungi zink yang tinggi. Apabila kekurangan mineral ini dalam diet, kamu akan

mengalami keguguran rambut dan juga bulu mata. Sel yang membina rambut bergantung kepada

zink. Mineral ini juga terdapat dalam daging lembu, ketam, lobster dan sereal.

 

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

Request A Skype Consultation

Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE